Rasanya memag lama betul tak dengar cerita mengenai pelakon wanita ini iaitu Nasha Aziz. Boleh dikatakan Nasha Aziz adalah antara pelakon kesukaan ramai. Lakonan dari beliau memang mantap dan berkesan.
Apatah lagi dengan pakej lain yang dimilikinya termasuklah kejelitaan wajah beliau sudah tentu menarik perhatian ramai.
Namun begitu, timbul isu pelik berkaitan dengan Nasha Aziz baru-baru ini. Kononnya, ada sesuatu yang berlaku kepada wajahnya. Menerusi satu laman blog, mereka hangat membincangkan mengenai apa yang berlaku kepada hidung Nasha Aziz.
Menerusi sekeping gambar terkini wajah Nasha Aziz, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena berbanding hidung beliau sebelum ini yang agak mancung.
Kalau mengikut komen-komen segelintir netizen, ada yang mendakwa nasha mungkin terlebih ambik dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu.
Apapun masih tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan. Bagi kami tak perlulah nak lebih-lebih kutuk Nasha. Mungkin perkara ini berlaku kerana kesilapan semasa make up atau sudut kamera membuatkan wajah Nasha nampak tak ok.
Apappun kita tunggu apa-apa ulasan dari Nasha sendiri pihak berkenaan dengan wajahnya itu. Bab pembedahan plastik itu, kami tidak dapat memberi ulasan lebih lanjut.
SUMBER: Sensasi4u
No comments:
Post a Comment